Apa itu
Custom Album?
Sejenis album yang eksklusif dimana semua
gambar dan grafik dicetak terus di atas material berkualiti tinggi. Rekabentuk
grafik direka khas oleh pereka grafik .
Hard cover (kulit keras) membuatkan album ini menjadi ramai pilihan pasangan
pengantin baru kerana ia kelihatan seolah-olah sebuah buku/perutusan raja
sehari yang penuh dengan foto-foto indah kisah cinta mereka.
Pelabgai saiz custom album yang berada di
pasaran. Tetapi untuk pakej fotografi perkahwinan saiz yang biasa digunakan ialah 8x12 dan 10x12inchi. Custom album mempunyai
10 helaian iaitu bersamaan 20 muka surat.
Apa Kelebihannya
Dengan
kemasan dan material setiap helaiannya yang bermutu tinggi, ia menjadikan
Custom Album sebagai sebuah album gambar yang tahan lasak dan tahan lama jika
dibadingkan dengan album biasa.
Biasanya foto-foto didalamnya akan disusun mengikut peristiwa perjalanan sesebuah majlis itu secara kreatif. Ini
membuatkan setiap helaian album ini penuh nilai sentimental dan seronok
melihatnya.
Apa itu Sticky Album?
Sejenis album eksklusif dengan material berkualiti tinggi.
Foto-foto akan dicetak di atas kertas gambar ( Glossy paper) berukuran 4R dan
disusun meliputi ‘sticky area’ (muka surat bergam) pada setiap helaian album
ini yang telah tersedia. Terdapat 2 jenis Sticky album iaitu yang ditempah khas
dan “ready made”. Ready made bermaksud stiky album yang biasanya terdapat dipasaraya-pasaraya mahupun di kedai gambar.
Namun di
Senyuman Studio Photography kami
menawarkan sticky album yang ditempah khas untuk pengantin. Ini bermaksud di kulit depan dan belakangnya kami
akan design gambar pengantin berserta kata-kata agar album ini lebih bernilai
dan unik khas untuk pengantin tersebut.
* Kredit to Anna & Noh , Senai Johor [our customer] . Album anda terpilih menjadi sample kami.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletetq for nice album n package...ngeh2....cantik sgt..
ReplyDelete10q sakura ann...
ReplyDelete