Saturday, May 11, 2013

Thursday, May 9, 2013

Aien & Ajied | machap johor | 5 mei 2013| outdoor

Sesi outdoor  aien dan ajied di machap johor. selamat pengantin baru dari kami semyuman studio photography

Friday, April 26, 2013

Custom Album Anas & Lisa

Beberapa muka dalam custom album Anas & Lisa Pontian Johor. Selamat pengantin baru untuk anda...







Tuesday, April 2, 2013

Apakah Custom Album dan Sticky Album

Apa itu Custom Album?

Sejenis album yang eksklusif dimana semua gambar dan grafik dicetak terus di atas material berkualiti tinggi. Rekabentuk grafik direka khas oleh pereka grafik  . Hard cover (kulit keras) membuatkan album ini menjadi ramai pilihan pasangan pengantin baru kerana ia kelihatan seolah-olah sebuah buku/perutusan raja sehari yang penuh dengan foto-foto indah kisah cinta mereka.


Pelabgai saiz custom album yang berada di pasaran. Tetapi untuk pakej fotografi perkahwinan  saiz yang biasa digunakan ialah  8x12 dan 10x12inchi. Custom album mempunyai 10 helaian iaitu bersamaan 20 muka surat.





Apa Kelebihannya

Dengan kemasan dan material setiap helaiannya yang bermutu tinggi, ia menjadikan Custom Album sebagai sebuah album gambar yang tahan lasak dan tahan lama jika dibadingkan dengan album biasa.


Biasanya foto-foto didalamnya akan disusun mengikut peristiwa perjalanan sesebuah majlis itu secara kreatif. Ini membuatkan setiap helaian album ini penuh nilai sentimental dan seronok melihatnya.



Apa itu Sticky Album?

Sejenis album eksklusif dengan material berkualiti tinggi. Foto-foto akan dicetak di atas kertas gambar ( Glossy paper) berukuran 4R dan disusun meliputi ‘sticky area’ (muka surat bergam) pada setiap helaian album ini yang telah tersedia. Terdapat 2 jenis Sticky album iaitu yang ditempah khas dan “ready made”. Ready made bermaksud stiky album yang biasanya  terdapat  dipasaraya-pasaraya mahupun di kedai gambar.

Namun di Senyuman Studio Photography  kami menawarkan sticky album yang ditempah khas untuk pengantin.  Ini bermaksud di kulit depan dan belakangnya kami akan design gambar pengantin berserta kata-kata agar album ini lebih bernilai dan unik khas untuk pengantin tersebut.






* Kredit to Anna & Noh , Senai Johor [our customer]  . Album anda terpilih menjadi sample kami.  

Alhamdulilah lagi testimoni customer kami...Anna-Noh Senai Johor


Sunday, March 24, 2013

Sesi Outdoor Anas dan Lisa | 23&24 Mac 2013| Pontian Johor

Sesi outdoor Majlis Anas dan Lisa di jalankan di kawasan sungai di area pontian. Area sungai yang cantik dan sesuai lah untuk dilakukan sesi outdoor. Nama tempat ni x berapa nak ingat sebab first time sampai ke sini.


Monday, March 18, 2013

16-17 mac 2013 | anas & Lisa | Pontian johor

Majlis kali ni di Parit Marjonet Pontian Johor. Walaupun tempat ini asing bagi saya, saya telah membuat tinjauan seminggu awal ke rumah bakal pengantin. Alhamdulilah semuanya dipermudahkan.  Majlis pernikahan di mulakan agak lewat dalam jam 10.00 malam. Namun selesai shooting dalam jam 12.00 malam . Keesokan harinya majlis berarak dan sanding dijalankan. Setiap tempat mempunyai adat yang berbeza. Banyak jugak lah belajar adat2 org kat sini. Macam cium telur masa tepung tawar. xpenah lagi nampak lah. tapi oklah unik.


Tuesday, March 12, 2013

Testimoni salah seorang customer kami

Alhamdulilah . Terasa dihargai bila customer berpuas hati dengan hasil yang telah diberikan.  Kami ingin yang terbaik untuk anda dengan harga yang bersesuaian.  Cantik itu subjektif. cantik di mata kami tidak semestinya cantik di mata customer kami, tapi Alhamdulillah perhargaan begini membuatkan kami yakin dengan dengan hasil2 yang seterusnya.

Friday, February 22, 2013